
since 1961
WELCOME TO SMK MELOR
Penubuhannya telah dijayakan oleh Tuan Haji Wan Ismail b. Wan Mahmood iaitu penggawa daerah Ketereh pada waktu itu. pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini terpaksa menumpang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Melor (kiri sekolah Melor). pada tahun 1961, seramai 56 orang murid mula belajar melibatkan 2 kelas tingkatan 1, guru yang mengajar ialah guru-guru dari Sekolah Rendah kebangsaan Inggeris Melor yang berkelulusan MCE dan Maktab. Nama Sekolah Menenngah Melor dipilih sempena nama Sekolah Kebangsaan Melor yang pernah ditumpangi dan terletak pula dalam daerah Melor. Nama Sekolah Melor mula digunakan sepenuhnya pada tahan 1965 setelah mempunyai bangunan sendiri. Pada tahun 1998 barulah nma Sekolah Menengah Melor diperkemaskan dengan nama baru "SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MELOR" atau SMK Melor.
Our Recent Posts
Tags